Tuesday, August 4, 2009

Rangkuman aktiviti lalu...

2 aktiviti telah dianjurkan untuk bulan julai ini. tidak sempat di postkan kerana masalah waktu yang terhad dan juga tahap kelajuan internet yang agak lembap..

Aktiviti pertama merupakan mewarnakan gambar menggunakan perisian paint. Para peserta teridiri dari pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Sawar. Oleh kerana bilangan PC yang terhad , satu peraturan telah diwujudkan. Untuk memastikan para pengguna lain masih boleh melayari internet, PC 1 masih dibuka kepada pengguna dewasa untuk melayari internet. Ini bagi memenuhi kehendak para pengguna yang datang dari jauh hanya semata mata ingin mencari secebis maklumat melalui atas talian. Berbalik kepada aktiviti tadi, seorang kanak kanak hanya dibenarkan mewarnakan lukisan tersebut selama 10 minit seorang sahaja. Kebanyakan murid-murid ini pernah menggunakan komputer tapi bagi tujuan yang tidak sepatutnya, jadi pendedahan semudah ini secara tidak langsung menggalakkan mereka menggunakan PC bagi bertujuan hiburan dan pendidikan.

Aktiviti kedua adalah aktiviti sambungan daripada bengkel permainan indoor yang pernah dianjurkan di perpustakaan desa kg batu sawar tahun lepas. Permainan indoor yang dipilih adalah permainan sahiba. Para peserta telah menunjukan peningkatan skill permainan daripada sebelum ini. Aktiviti ini dianjurkan berkonsepkan pertandingan mini. Dengan menjanjikan hadiah kepada para peeserta, aktiviti ini menjadi semakin menarik dengan taktik-taktik yang direka oleh para peserta.

Insyaallah untuk bulan ogos ini ader beberapa aktiviti lagi dapat dianjurkan walaupun menghadapi musim Ramadan. Diharap para pengunjung perpustakaan desa kampung batu sawar akan sentiasa mengunjungi perpustakaan ini.














0 comments:

blogger templates | Make Money Online