Friday, August 7, 2009

Aktiviti seni kolaj

Kolaj merupakan satu hasil seni yang dibuat melalui aktiviti tampalan. Ianya sangat mudah dan menarik untuk dilakukan. Dengan kos yang amat murah, seseorang yang berbakat itu dapat menghasilkan sesuatau hasil seni yang amat mengagumkan. Cantik atau tidak sesuatu hasil itu adalah berdasarkan kreativiti individu itu sendiri.

Pada 8 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu, Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar telah menganjurkan aktiviti seni kolaj ini kepada para pelajar sekolah rendah. Pihak perpustakaan hanya memanggil murid murid perempuan sahaja untuk kali ini. Antara sebab kami berbuat demikian adalah untuk menjaga kententeraman, dan keselesaan murid murid itu sendiri. Seramai 13 orang murid murid telah hadir untuk menyertai aktiviti ini.

Aktiviti bermula seawal jam 10 pagi lagi dan berakhir sekitar 12.30 tgh/hari. Masa yang agak lama diberikan kepada peserta adalah untuk membenarkan mereka menghasilkan mutu yang terbaik. Didalam pemerhatian kami, seni ini amat memerlukan ketelitian, kesabaran dan juga kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan seni kolaj yang kemas dan juga cantik.

Segala kelengkapan para peserta disediakan oleh pihak perpustakaan untuk menarik murid-murid menyertai aktiviti sebegini. Pihak perpustakaan juga telah menyediakan 3 hadiah untuk para pemenang. Setiap peserta turut diberikan cenderamata tanda terima kasih kami kepada para peserta.

Oleh kerana aktiviti kali ini hanya untuk murid murid perempuan, telah timbul rasa tidak seronok dikalangan murid-murid atau pengunjung kaum lelaki. Ada diantara mereka yang telah mengganggu kenteteraman para peserta lain. Untuk berlaku adil kepada para peserta, pihak perpustakaan mengenakan denda kepada murid lelaki ini.. Apakah bentuk denda yang mereka lakukan? bersambung di POST seterusnya...

Petugas menyediakan kertas warna kepada para peserta

Para peserta sedang asyik menghasilkan kolaj terbaik mereka

Kena gunting halus halus ni.. baru Abg Khai bagi hadiah ni....

eh kata semua perempuan?

Yea dah siap!!!


0 comments:

blogger templates | Make Money Online