Seramai 38 orang staff Perbadanan  Perpustakaan Awam  Negeri  Pahang telah terpilih untuk mengikuti kursus  bina semangat dan  kekeluargaan  di Kem  Sri Dinar  Retreat yang terletak di Janda Baik,  Bentong Pahang. Kem ini yang berlangsung dari tarikh 10 - 12 Ogos 2009 ini telah diuruskan dengan jayanya oleh team  Smart Building  Consultant.Pelbagai aktivitti telah disediakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti-aktiviti yang sempat di senaraikan di sini adalah berdiri di atas tali, mengangkat bata,poco-poco, Smart Swat, Debat, Chikara, Judi taik kucing, Kelas motivasi dan paling bestnya makin durian beramai-ramai. Aktiviti-aktiviti yang disediakan direka khas untuk membina semangat kerjasama dan kekeluargaan dalam sesuatu organisasi.
Sepanjang 3 hari 2 malam peserta berkampung di sri dinar retreat ini, dapat dilihat semangat kekeluargaan dan kerjasama dianatara peserta semakin terserlah. Para peserta merupakan staf-staf PPAP yang datang dari seluruh pelusuk negeri Pahang. Sebelum ini ada yang masih kurang mengenali, dengan program seumpama ini, hubungan kekeluargaan didalam sesuatu organsisasi itu dapat dipupuk dengan jayanya.

0 comments:
Post a Comment