Jalan yang menghubungkan antara kawasan perpustakaan desa Kg Batu Sawar dan juga jalan utama Temerloh - Rumpun Makmur tidak dapat digunakan selama 3 hari. Ini adalah kerana proses penukaran terowong air yang lebih besar oleh Jabatan Perairan dan Saliran. Dalam pada masa yang sama JPS telah melakukan kerja-kerja pembesaran dan juga melancarkan perjalanan air parit di sepanjang jalan kampung Batu Sawar. Diharap selepas ini masalah air bertakung ataupun banjir setempat tidak akan berlaku lagi di beberapa buah rumah di kampung Batu Sawar ini.
Pihak perpustakaan memohon maaf kepada pengguna perpustakaan yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari tempat letak kereta perpustakaan yang telah disediakan. Masalah ini hanya bersifat sementara. Kesulitan yang dihadapi oleh pihak anda amat kami kesali.
Thursday, August 27, 2009
Jalan Ke Perpustakaan Sedang Di Baiki
Posted by pdBATUSAWAR at 5:49 PM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Bagi.. bagi.. bagi ambil bagi... BAMMM!!!!
Dengan 2 pusingan cikara dan 1 BAMM!!! mula.. Bagi.. Bagi.. Bagi ambil Bagi... Bagi.. Bagi.. Bagi Ambil Bagi.. BAMMM!!!!
3 hari 2 malam kedengaran suara suara yang amat bersemangat sekali menggegarkan hutan Janda Baik yang aman dan damai. 3 buah kumpulan berusaha dan bertungkus lumus dalam menghadapi ujian cikara yang dijalankan pada hari terakhir kem bina pasukan dan kekeluargaan.Menurut instructor dari Smart Building companay, Permainan Cikara ini adalah berasal dari negara Jepun. Sesebuah kumpulan perlu duduk didalam keadaan bulatan bagi menyempurnakan gerakan gerakan cikara. Apa yang diperlukan di dalam permainan ini adalah, setiap ahli kumpulan perlu memiliki satu botol kosong air mineral yang dah digunakan dan juga beberapa biji anak batu. anak batu dimasukkan kedalam botol tersebut agar dapat memberikan keseimbangan pada botol itu dan juga mengeluarkan bunyi yang menarik.

Cara permainan dilakukan, dengan mengambil contoh 10 orang ahli kumpulan, Setiap ahli kumpulan mesti duduk membentuk satu bulatan yang sempurna agak dapat melancarkan perjalanan botol botol tersebut. Namun begitu sebelum permainan dimulakan, ketua kumpulan perlu memberi hukuman atau arahan diatas pegerakan yang dilakukan. Arahan asas bagi permainan cikara ini berbunyi begini... "DENGAN 1 SATU PUSINGAN CIKARA DAN SATU BAMM!!" maka permainan dimulakan. Ahli kumpulan perlu menyebut perkataan tersebut seiring dengan perbuatan mereka. Didalam pusingan asas cikara, ini adalah bentuk pegerakan botol dan sebutan sepatutnya.. "Bagi bagi bagi ambil bagi ... BAMM!!". Cara pegerakan, individu dalam kumpulan perlu memberikan botol dihadapan mereka kepada rakan disebelah kiri mereka untuk hukuman atau sebutan BAGI. Manakala untuk hukuman atau sebutan AMBIL, seseorang individu perlu mengambil botol kawanya yang berada dibahagian kiri mereka. Akhir sekala mereka perlu menghentakan botol itu ke lantai untuk hukuman atau sebutan BAMM!!. Hukuman boleh diberikan sehingga lebih dari 10 cikara dan satu BAM!!
Permainan ini dapat mengajar seseorang itu lebih fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Disamping itu permainan ini meberikan gambaran didalam isu perbuatan tidak seiring dengan apa yang dinyatakan (cakap tak serupa bikin).
Selamat mencuba bagi yang belum pernah mencuba!!!
Posted by pdBATUSAWAR at 11:26 PM 0 comments
Friday, August 14, 2009
Kem Bina Semangat dan Kekeluargaan
Seramai 38 orang staff Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang telah terpilih untuk mengikuti kursus bina semangat dan kekeluargaan di Kem Sri Dinar Retreat yang terletak di Janda Baik, Bentong Pahang. Kem ini yang berlangsung dari tarikh 10 - 12 Ogos 2009 ini telah diuruskan dengan jayanya oleh team Smart Building Consultant.Pelbagai aktivitti telah disediakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti-aktiviti yang sempat di senaraikan di sini adalah berdiri di atas tali, mengangkat bata,poco-poco, Smart Swat, Debat, Chikara, Judi taik kucing, Kelas motivasi dan paling bestnya makin durian beramai-ramai. Aktiviti-aktiviti yang disediakan direka khas untuk membina semangat kerjasama dan kekeluargaan dalam sesuatu organisasi.
Sepanjang 3 hari 2 malam peserta berkampung di sri dinar retreat ini, dapat dilihat semangat kekeluargaan dan kerjasama dianatara peserta semakin terserlah. Para peserta merupakan staf-staf PPAP yang datang dari seluruh pelusuk negeri Pahang. Sebelum ini ada yang masih kurang mengenali, dengan program seumpama ini, hubungan kekeluargaan didalam sesuatu organsisasi itu dapat dipupuk dengan jayanya.
Posted by pdBATUSAWAR at 6:44 PM 0 comments
Friday, August 7, 2009
Pupet on da spot???
Pada hari aktivti seni kolaj dilangsungkan, pelajar lelaki turut memenuhi ruang perpustakaan ini. Bukan mereka tidak dijemput, akan tetapi ruang untuk para peserta mengilhamkan hasilkan seni mereka agak terhad, terpaksa pembahagian dilakukan. Pada mulanya murid murid lelaki memberi pandangan mereka kepada para peserta, tetapi suasana menjadi agak bising maka mereka dikehdaki berada jauh dari para peserta.
Untuk tidak meruntuhkan semangat murid-murid lelaki yang datang, kami bersetuju mengenakan hukuman yang mengembirakan mereka. Dengan beberapa perelatan yang telah disediakan oleh PNM kami mendapat satu idea untuk "menghukum" murid-murid ini kerana bising dan dalam pada yang sama memberi mereka peluang untuk terbabit dalam aktiviti hari ini. Hukuman yang dipersetujui adalah mereka perlu mempersembahkan lakonan boneka( pupet show).
Mereka hanya diberikan 10 minit untuk menyiapkan dialog mereka. Oleh kerana terlalu seronok mereka bersetuju dengan hukuman tersebut. Ada 4 watak yang telah disediakan iaitu harimau, semut,buaya dan kura kura. Dengan 4 watak ini mereka perlu mengolah idea untuk melaksanakan hukuman mereka.
Kumpulan pertama terdiri dari 3 orang murid dan mereka mempersembahkan cerita berkaitan dengan kawan. Manakala kumpulan 2 terdiri dari 4 orang dan mempersembahkan cerita bertajuk cintai sungai kita. Walaupun masa yang diberikan terhad, mereka berjaya menghasilkan satu persembahan yang layak dipuji.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan mohon maaf atas kesulitan yang berlaku...
Posted by pdBATUSAWAR at 11:52 PM 0 comments
Aktiviti seni kolaj
Kolaj merupakan satu hasil seni yang dibuat melalui aktiviti tampalan. Ianya sangat mudah dan menarik untuk dilakukan. Dengan kos yang amat murah, seseorang yang berbakat itu dapat menghasilkan sesuatau hasil seni yang amat mengagumkan. Cantik atau tidak sesuatu hasil itu adalah berdasarkan kreativiti individu itu sendiri.
Aktiviti bermula seawal jam 10 pagi lagi dan berakhir sekitar 12.30 tgh/hari. Masa yang agak lama diberikan kepada peserta adalah untuk membenarkan mereka menghasilkan mutu yang terbaik. Didalam pemerhatian kami, seni ini amat memerlukan ketelitian, kesabaran dan juga kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan seni kolaj yang kemas dan juga cantik.
Segala kelengkapan para peserta disediakan oleh pihak perpustakaan untuk menarik murid-murid menyertai aktiviti sebegini. Pihak perpustakaan juga telah menyediakan 3 hadiah untuk para pemenang. Setiap peserta turut diberikan cenderamata tanda terima kasih kami kepada para peserta.
Oleh kerana aktiviti kali ini hanya untuk murid murid perempuan, telah timbul rasa tidak seronok dikalangan murid-murid atau pengunjung kaum lelaki. Ada diantara mereka yang telah mengganggu kenteteraman para peserta lain. Untuk berlaku adil kepada para peserta, pihak perpustakaan mengenakan denda kepada murid lelaki ini.. Apakah bentuk denda yang mereka lakukan? bersambung di POST seterusnya...
Petugas menyediakan kertas warna kepada para peserta
Para peserta sedang asyik menghasilkan kolaj terbaik mereka
Kena gunting halus halus ni.. baru Abg Khai bagi hadiah ni....
eh kata semua perempuan?
Yea dah siap!!!Posted by pdBATUSAWAR at 11:12 PM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
Keindahan Gunung Senyum
Gunung Senyum merupakan satu khazanah negara yang amat bernilai. Terletak di dalam daerah Temerloh dimana perjalanan hanya mengambil masa selama 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ataupun Kuantan.
Gunung senyum mempunyai lebih 20 buah gua yang sedia diterokai. Pelbagai misteri keindahan cuba diungkai oleh para pengungung ke Gunung Senyum. Sememangnyer suasana indah dan nyaman ini bakal menggamit perasaan para pengunjung. Di Hutan Lipur Gunung Senyum para pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti Jungle Tracking, Meneroka Gua dan juga berkhemah.
Gunung Senyum dibuka setiap hari kepada para pengunjung. Jadikanlah ia sebagai salah satu destinasi kunjungan anda ke sini. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Gunung Senyum, kami di Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar sedia membantu.


Posted by pdBATUSAWAR at 5:26 PM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Rangkuman aktiviti lalu...
2 aktiviti telah dianjurkan untuk bulan julai ini. tidak sempat di postkan kerana masalah waktu yang terhad dan juga tahap kelajuan internet yang agak lembap..




Posted by pdBATUSAWAR at 6:41 PM 0 comments







