Saturday, July 4, 2009

BUKU BULAN INI

Blog ini akan cuba memperkenalkan buku buku yang terdapat di dalam koleksi peprustakaan desa. Antara lain tujuannya adalah untuk menggalakkan lagi pinjaman bahan kepada pengguna. Satu buku akan dipromosikan setiap bulan.





Tajuk : ONN JA'AFAR Pejuang Terbilang


Pengarang : Fadzil Abdullah
Kassim Thukiman
Md. Zin Idros

Penerbit : MPH Publishing

Keteabalan Muka Surat : 136 m/s bergambar



ONN Bin Ja'afar, sememangnya seorang insan istimewa dan permata yang telah menyinarkan kegemilangannya bagi melahirkan dan mecetuskan semangat, kesedaran dan kebangsaan dalam arus siasah dan sejarah kebangkitan negara bangsa .

Selain menterjemah erti perjuangan,riwayat kehidupannya sendiri turut menggambarkan falsafah lilin yang terus membakar diri demi menerangi orang lain. Hakikat itu cukup jelas dengan menilai kesediaannya merentas liku-liku penuh berduri untuk menentukan pegangannya sentiasa tetap dan tetap walaupun terpaksa menentang arus serta melepaskan dahan yang rendang untuk berpaut .

Pemaparan perjuangan Onn Ja'afar dalam bentuk sebuah buku edisi khas bergambar adalah merupakan penghargaan yang setinggi-tingginya atas pengorbanan dan perjuangannya. Susur galur ini akan diperincikan menurut sorotan pelbagai peristiwa yang telah dapat dikumpulkan untuk menghayati dan mengenali lebih dekat seorang pejuang sebuah negara bangsa .

0 comments:

blogger templates | Make Money Online