Pada 28 Jun 2009 bersamaan hari Ahad, satu program telah dianjurkan di perpustakaan desa kg batu sawar. Program yang diberikan nama "Kreatif Ke Aku?? " merupakan salah satu aktiviti bulanan yang di adakan khas untuk peserta peserta Kelab Membaca Sinar Pintar Kampung Batu Sawar.
Setelah 30 minit, semua set yang telah dijawab dikumpulkan , kemudian disemak. Masa waktu semakan, para peserta diberi peluang untuk menuliskan jawapan meraka di papan putih yang telah disediakan. Waktu inilah terpancar sinar sinar keceriaan dimuka peserta, dengan sorakan dan teriakan rakan rakan yang lain untuk memberitahu jawapn yang paling tepat. 42 petak kosong disediakan. Dan seorang peserta berjaya mendapat jawapan paling banyak iaitu sebanyak 32 petak yang betul.
Peserta cuba menanyakan jawapan dari rakan rakan
Peserta cuba memberikan jawapan yang betul
Sukarelawan/Mentor memberikan jawapan sebenar
Untuk aktiviti kedua, para peserta akan dicungkil bakat dan kreativti mereka. Secara berkumpulan mereka dikehendaki membina bangunan yang paling cantik, kukuh dan stabil. Para peserta hanya dibekalkan dengan seberkas straw dan juga segulung pita pelekat. Dari segi spesifikasi ketinggian dan kelebaran bangunan adalah terpulang kepada kreativiti mereka dalam membina sebuah bangunan yang cantik dan kukuh.
Dilihatkan daripada hasil bangunan yang dibina, ternyata para peserta mempunyai daya imiginasi yang tinggi. Semasa diperingkat pembinaan bangunan, dapat dilihat sifat kerjasama di antara mereka dalam mendirikan bangunan yang diimpikan. Secara tersirat program sebegini dapat memupuk sifat sifat murni kepada para peserta.
Dilihatkan daripada hasil bangunan yang dibina, ternyata para peserta mempunyai daya imiginasi yang tinggi. Semasa diperingkat pembinaan bangunan, dapat dilihat sifat kerjasama di antara mereka dalam mendirikan bangunan yang diimpikan. Secara tersirat program sebegini dapat memupuk sifat sifat murni kepada para peserta.
Insyaallah dari masa masa ke masa program begini akan sentiasa dijalankan. Terima kasih kepada para peserta yang sudi hadir ke program tersebut. Kepada para ibubapa yang memberi sokongan kepada aktiviti kelab, kami ucapkan ribuan terima kasih.
Kerjasama yang ditunjukkan
0 comments:
Post a Comment