Mesyuarat Felcra telah diadakan di dewan Sekolah Kebagsaan Batu Sawar yakni hanya bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar. Difahamkan mesyuarat telah bermula jam 8.30 lagi. Pada hari Sabtu, perpustakaan hanya dibuka bermula jam 9.00 pagi. Sesampai sahaja di pekarangan perpustakaan, timbul satu masalah, tiada tempat untuk meletakkan kenderaan. Semua ruang ruang yang ada telah dipenuhi dengan kenderaan bertayar 4 mahupun 2. Sehinggakan kawsasan yang betul-betul dihadapan pintu juga ada yang meletakkan kenderaan. Tidak mengapalah, asalkan pintu perpustakaan masih dapat dibuka dan tidak mengganggu pengunjung untuk masuk ke perpustakaan.
Setelah selesai menyusun buku, sapu sampah, perpustakaan dikunjungi oleh seorang pengunjung. Kata beliau tidak dapat masuk ke mesyuarat kerana tiada nama. Jadi beliau sekadar menghantar orang rumah ke mesyuarat tersebut. Biarlah saya gelarkan pengunjung tersebut sebagai pakcik. Pakcik ini merupakan seorang pesara yang mempunyai kampung halaman di sebarang sungai Pahang ini iaitu di Kampung Jenderak. Namun begitu pakcik telah merantau ke Shah Alam sejak tahun 1972 lagi.
Pakcik itu, tertanya-tanya, apakah sebenarnya bangunan ini? fungsinya dan juga bagaimana sambutan para penduduk. Jadi sebagai insan yang bertanguungjawab ke atas perpustakaan ini, saya pun menyusun jawapan agar dapat memberi gambaran kepada pakcik tersebut. Walaupun pada asalanya pakcik tersebut agak kabur dengan kewujudan bangunan kecil ini, namun saya berjaya meyakinkan antara fungsi-fungsi akan kewujudan perpustakaan ini. Beliau rasa amat kagum dengan matlamat kerajaan dalam usaha mengurangkan durang digital dan juga menggalakkan budaya membaca kepada penduduk-penduduk di pedalaman.
Apa yang cuba disampaikan di sini, kewujudan perpustakaan desa masih belum disedari oleh orang ramai lagi, terutama masyarakat masyarakat di bandar. Namun begitu inilah tugas tugas kepada petugas-petugas di peprustakaan desa dalam memperkenalkan perpustakaan desa kepada orang awam. Sebenarnya cara penyampaian tidak semestinya dengan hanya memberitahu atau menerangkan fungsi-fungsi perpustakaan desa itu sahaja. Dengan menganjurkan aktiviti aktiviti atau program yang menarik antara cara-cara untuk memperkenalkan kewujudan perpustakaan desa ini.
Bersama-samalah kita semua yang terlibat untuk memperkenalkan lagi perpustakaan desa ini kepada masyarakat di Malaysia ini.

0 comments:
Post a Comment