Tanggal 18 Julai 2009, Kampung Batu Sawar Temerloh digemparkan dengan berita yang mengejutkan. Seorang petugas perpustakaan desa telah digigit oleh seekor ular berbisa. Menurut mangsa ular tersebut berukuran sepanjan 3-4 kaki dan sebesar ibu jari kaki saiz 8. Mangsa yang telah berkhidmat di perpustakaan desa pnm kg batu sawar semenjak September 2007 masih berada dalam keadaan trauma tapi kesihatan beliau sudah pulih sepnuhnya seratus peratus.
Menurut mangsa, Ketika itu jam 11 pagi, didalam perpustakaan ada 3 orang pengunjung kanak-kanak yang sedang membuat group discusion. Mankala mangsa sedang meniliti kad-kad pinjaman para pengguna untuk disusun atur semula di kaunter pinjaman. Tatkala asyik meneliti kad tersebut tersepak casing komputer dikaunter. Ketika itula beliau terasa geli seakan ada pegerakan dikaki beliau dan disusuli seperti jarum mencucuk kedalam ibu kaki beliau. Lantas mangsa melihat kebawah, terpampang seekor ular hitam melekat di ibu jari kaki beliau. Tanpa memikir panjang mangsa menyepak ular tesebut dan melompat ke tempat yang lebih selamat. Mangsa cuba mengeluarkan darah bertujuan mengeluarkan berbisa ular tersebut. Dalam masa yang sama mangsa cuba memerhatikan keadaan sekeliling untuk memastikan dimana kedudukan ular tersebut. Setelah dapat dipastikan, mangsa mengarahkan pengunjung perpustakaan untuk keluar dengan segera. Sebagai langkah berjaga-jaga, mangsa telah mengikat kakinya dalam memastikan bisa tidak mengalir dalam darah.
Dengan keadaan yang berpeluh-peluh, mangsa memandu keretanya ke kawasan perumahan yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan. Mangsa diberi minum air kosong bagi meneutralkan diri dan telah dihantar ke poliklinik jengka 22. Mangsa telah diberikan bantuan kecemasan oleh M.A yang bertugas. Namun begitu mangsa perlu dihantar ke Hospital Bandar Pusat Jengka kerana tekanan darah yang sangat tinggi bagi seorang yang berumur 25 tahun, berketinggian 171 cm dan mempunyai berat 74 kg.
Mangsa telah ditahan di dalam wad untuk pemantaun selama 24 jam. Tepat jam 2.00 petang mangsa dibenarkan keluar dari wad setelah tekanan darah telah kembali normal.
Pada hari kejadian, mangsa telah meminta penduduk kampung untuk mencari ular tesebut. Ular tersebut telah dikurung di dalam perpustakaan ketika beliau hendak mencari bantuan. Penduduk kampung telah berjaya membunuh ular tersebut. Ketika pergelutan, ular tesebut agak agresif, namun dengan kecekapan dan pengalaman yang ada ular tesebut berjaya dibunuh.
Berikut adalah beberapa tips yang diberikan untuk mengelakan daripada pekara ini berlaku lagi. Tips ini dapat digunakan di semua perpustakaan desa agar keselamatan petugas dan pengguna terjamin. Antara tipsnya :
- Menabur belerang dikeliling bangunan setiap seminggu sekali.
- Meletakkan daun limau purut ataupun buah limau purut disetiap sudut perpustakaan.