MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Wednesday, September 16, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Posted by pdBATUSAWAR at 11:55 PM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
Aktiviti Bulan September
Kami di perpustakaan tidak dapat memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan kepada pengunjung setia kami di bulan September ini. Ini disebabkan musim bulan puasa, musim mood raya dan juga musim peperiksaan UPSR. Kami risaukan bila buat aktiviti, takder orang yang datang. ini boleh melemahkan semangat kami jikalau ini semua berlaku. ( Untuk rekod kami di perpustakaan desa batu sawar sedang berusaha sedaya upaya untuk menganjurkan satu aktiviti sekurang kurangnya bagi setiap bulan untuk pengguna setia kami. )
Namun begitu niat kami untuk berusaha menjalankan aktiviti di bulan September masih belum bekubur. Kami masih merangka aktiviti yang bersesuaian dengan masa dan keadaan. Dari 8-10 September 2009 semua pelajar sekolah rendah di Malaysia menduduki peperiksaan UPSR. Kami telah merangka beberapa aktiviti yang boleh dianjurkan untuk pelajar tahun 6 selepas abis exam. Insyaallah pada bulan Oktober atau November kami akan menjayakan satu program bersama pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Sawar.
Pada 10 September iaitu hari terakhir UPSR, seramai 45-55 orang pelajar telah mengunjungi perpustakaan desa kg batu sawar dalam sesuatu masa yang sama. Memang terasa suasana yang amat ceria apabiler dikerumuni oleh pelajar-pelajar dari tahun 1-5. Pada mulanya terlintas idea untuk lakukan aktiviti on the spot ketika itu, tapi tidak diperkenankan oleh guru mereka kerana takut terganggu waktu mengajar guru yang lain. Untuk pengetahuan perpustakaan desa batu sawar dan sekolah kebangsaan batu sawar adalah bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh pagar sahaja. Oleh kerana pada awalanya aktiviti yang terlintas difikiran itu tidak dapat dilaksanakan pada waktu itu, maka kami bersetuju menunda aktiviti tersebut pada hari Sabtu 12 September 2009.
Pada 12 September 2009 jam 9 pagi, kelihatan 3 orang pelajar tahun 5 datang ke perpustakaan. Ini menunjukkan tanda-tanda positif bahawa program yang dirangka hari ini akan menerima sambutan. Kami staff perpustakaan meminta bantuan 3 orang pelajar tadi untuk menyediakan tempat bagi program ini. Untuk rekod, setiap kali aktivit melibatkan kanak kanak, meja-meja dan kerusi perlu dikeluarkan untuk memaksimumkan penggunaan ruang yang ada khas untuk peserta program sahaja. Waktu makin berlalu dan pengunjung semakin ramai.
Sebenarnya program yang dijadualkan adalam Tayangan Video cerita Upin dan Ipin Geng pengembaraan bermula. Untuk tambahan, dvd original untuk filem ini telah keluar. Tayangan dijadualkan pada pukul 10 pagi dengan harapan jumlah pengunjung kanak kanak yang hadir adalah sekitar 25 orang. Namun begitu jam menunjukan 10 pagi tapi pengunjung masih tidak sampai 20 orang. Bagi tidak menghampakan para pengunjung, tayangan dimulakan pada jam 10 pagi.
Baru 10 minit filem ditayangkan, para pengunjung semakin ramai, dan kini sudah melebihi sasaran awal kami. Para ibu bapa juga turut menonton bersama anak mereka didalam perpustakaan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi memberi kerjasama dalam segala aktiviti yang telah kami anjurkan. Dianggarkan sehingga 30-40 orang pengunjung datang pada program itu. Di akhir tayangan, para pengunjung diajukan beberapa soalan mengenai filem tersebut. Bagi setiap jawapan yang betul mereka menerima cenderahati dari perpustakaan.
Pada peringkat awal tayanganPosted by pdBATUSAWAR at 5:50 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Pertandingan Mewarna " JOM 1 MALAYSIA MERDEKA "
Pihak perpustakaan telah dibantu oleh 2 orang belia Kg Batu Sawar iaitu Saudara Nizam dan juga Saudara Johar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka berdua dalam membantu kami menganjurkan pertandingan mewarna ini.
Seramai 35 - 40 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna ini. Setiap peserta dibekalkan dengan sekotak pensil warna steadler, pemadam dan juga pengasah pensil. Tidak kira menang atau kalah, mereka sudah pun mendapat saguhati yang amat lumayan.
Pertandingan ini dijalankan dalam 3 kategori iaitu a) Tadika b) Tahap 1 ( 7 - 9 tahun) dan c) Tahap 2 (10 - 12 tahun).Oleh kerana keluasan perpustakaan yang terlalu sempit, Kami telah memindahkan kawasan pertandingan ke Kantin Sekolah Kebangsaan Batu Sawar. Ketika pertandingan dapat dilihat para ibubapa dan juga abang-abang dan kakak-kakak cuba memberi sokongan moral kepada para peserta. Ada juga ibubapa itu sendiri yang mewarnakan kertas pertandingan anak mereka. Para peserta Kem Jom 1 Malaysia Merdeka yang terdiri daripada pelajar IPT turut memberi sokongan kepada para peserta mewarna.
Tahniah kepada semua para peserta dan juga mereka yang telah terlibat dalam Pertandingan Mewarna Jom 1 Malaysia Merdeka. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan !! MERDEKA!!!
Posted by pdBATUSAWAR at 8:07 PM 0 comments
Semanagat kemerdekaan!!
Baru baru ini di Kampung Batu Sawar, program JOM MERDEKA 1 MALAYSIA telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penduduk Kampung Batu Sawar telah bergotong royong bersama-sama dalam menjayakan program tersebut.
Pemasangan Jalur Gemilang telah dilakukan oleh golongan belia Kg Batu Sawar ini. Setiap rumah di Kg Batu Sawar telah dibekalkan dengan bendera Jalur Gemilang untuk dikibarkan. Beberapa orang belia telah ditugaskan untuk menaikan bendera Jalur Gemilang dan juga bendera Negeri Pahang di sepanjang jalan Kg Batu Sawar. Pihak perpustakaan desa Kg Batu Sawar juga tidak terlepas untuk bersama sama dalam mengibarkan Jalur Gemilang disekitar kawasan perpustakaan, masjid dan juga sekolah.
Posted by pdBATUSAWAR at 7:35 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Gendang Pahang versi Kg Batu Sawar
Di Kampung Batu Sawar kumpulan gendang Pahang ini dianggotai oleh 3 sekawan yang diketuai oleh En Mat Nor, Uncle Satan dan juga Mat Gedohok. Mereka adalah antara golongan yang cuba menghidupkan kembali seni tradisional yang semakin dilupakan pada masa ini.
Menurut kata En Mat Nor, kumpulan Gendang Pahang Batu Sawar ditubuhkan pada sekitar 2007. Sekerang ini terdiri dari dari 3 pemain. Kumpulan ini memiliki 2 gendang dan 1 Gong dan akan ditambah lagi mengikut penerimaan masyarakat Kg Batu Sawar. Menurut beliau lagi, anak anak muda Kampung Batu Sawar juga telah menunjuk minat yang tinggi dalam mempelajari permainan seni tradisional Gendang Pahang ini. Dengan ini ianya menunjukan satu peringkat postif yang maner muzik tradisioanal masih lagi diterima pada masa kini.
Menurut penduduk kampung Batu Sawar, Suatu ketika dahulu, Permainan gendang Pahang ini diiringi dengan Silat Pulut dan Juga tarian piring. Ianya sering dimainkan di majlis-majlis kenduri perkhawinan dan juga keraian kampung. Namun begitu ianya seakan ditelan zaman. Dengan usaha 3 sekawan ini diharap dapat menghidupkan kembali sesuatu yang telah lama hilang.
Posted by pdBATUSAWAR at 6:28 PM 0 comments
Jalan Ke Perpustakaan Sedang Di Baiki
Jalan yang menghubungkan antara kawasan perpustakaan desa Kg Batu Sawar dan juga jalan utama Temerloh - Rumpun Makmur tidak dapat digunakan selama 3 hari. Ini adalah kerana proses penukaran terowong air yang lebih besar oleh Jabatan Perairan dan Saliran. Dalam pada masa yang sama JPS telah melakukan kerja-kerja pembesaran dan juga melancarkan perjalanan air parit di sepanjang jalan kampung Batu Sawar. Diharap selepas ini masalah air bertakung ataupun banjir setempat tidak akan berlaku lagi di beberapa buah rumah di kampung Batu Sawar ini.
Pihak perpustakaan memohon maaf kepada pengguna perpustakaan yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari tempat letak kereta perpustakaan yang telah disediakan. Masalah ini hanya bersifat sementara. Kesulitan yang dihadapi oleh pihak anda amat kami kesali.
Posted by pdBATUSAWAR at 5:49 PM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Bagi.. bagi.. bagi ambil bagi... BAMMM!!!!
Dengan 2 pusingan cikara dan 1 BAMM!!! mula.. Bagi.. Bagi.. Bagi ambil Bagi... Bagi.. Bagi.. Bagi Ambil Bagi.. BAMMM!!!!
3 hari 2 malam kedengaran suara suara yang amat bersemangat sekali menggegarkan hutan Janda Baik yang aman dan damai. 3 buah kumpulan berusaha dan bertungkus lumus dalam menghadapi ujian cikara yang dijalankan pada hari terakhir kem bina pasukan dan kekeluargaan.Menurut instructor dari Smart Building companay, Permainan Cikara ini adalah berasal dari negara Jepun. Sesebuah kumpulan perlu duduk didalam keadaan bulatan bagi menyempurnakan gerakan gerakan cikara. Apa yang diperlukan di dalam permainan ini adalah, setiap ahli kumpulan perlu memiliki satu botol kosong air mineral yang dah digunakan dan juga beberapa biji anak batu. anak batu dimasukkan kedalam botol tersebut agar dapat memberikan keseimbangan pada botol itu dan juga mengeluarkan bunyi yang menarik.

Cara permainan dilakukan, dengan mengambil contoh 10 orang ahli kumpulan, Setiap ahli kumpulan mesti duduk membentuk satu bulatan yang sempurna agak dapat melancarkan perjalanan botol botol tersebut. Namun begitu sebelum permainan dimulakan, ketua kumpulan perlu memberi hukuman atau arahan diatas pegerakan yang dilakukan. Arahan asas bagi permainan cikara ini berbunyi begini... "DENGAN 1 SATU PUSINGAN CIKARA DAN SATU BAMM!!" maka permainan dimulakan. Ahli kumpulan perlu menyebut perkataan tersebut seiring dengan perbuatan mereka. Didalam pusingan asas cikara, ini adalah bentuk pegerakan botol dan sebutan sepatutnya.. "Bagi bagi bagi ambil bagi ... BAMM!!". Cara pegerakan, individu dalam kumpulan perlu memberikan botol dihadapan mereka kepada rakan disebelah kiri mereka untuk hukuman atau sebutan BAGI. Manakala untuk hukuman atau sebutan AMBIL, seseorang individu perlu mengambil botol kawanya yang berada dibahagian kiri mereka. Akhir sekala mereka perlu menghentakan botol itu ke lantai untuk hukuman atau sebutan BAMM!!. Hukuman boleh diberikan sehingga lebih dari 10 cikara dan satu BAM!!
Permainan ini dapat mengajar seseorang itu lebih fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Disamping itu permainan ini meberikan gambaran didalam isu perbuatan tidak seiring dengan apa yang dinyatakan (cakap tak serupa bikin).
Selamat mencuba bagi yang belum pernah mencuba!!!
Posted by pdBATUSAWAR at 11:26 PM 0 comments






















