Tuesday, September 15, 2009

Aktiviti Bulan September

Kami di perpustakaan tidak dapat memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan kepada pengunjung setia kami di bulan September ini. Ini disebabkan musim bulan puasa, musim mood raya dan juga musim peperiksaan UPSR. Kami risaukan bila buat aktiviti, takder orang yang datang. ini boleh melemahkan semangat kami jikalau ini semua berlaku. ( Untuk rekod kami di perpustakaan desa batu sawar sedang berusaha sedaya upaya untuk menganjurkan satu aktiviti sekurang kurangnya bagi setiap bulan untuk pengguna setia kami. )

Namun begitu niat kami untuk berusaha menjalankan aktiviti di bulan September masih belum bekubur. Kami masih merangka aktiviti yang bersesuaian dengan masa dan keadaan. Dari 8-10 September 2009 semua pelajar sekolah rendah di Malaysia menduduki peperiksaan UPSR. Kami telah merangka beberapa aktiviti yang boleh dianjurkan untuk pelajar tahun 6 selepas abis exam. Insyaallah pada bulan Oktober atau November kami akan menjayakan satu program bersama pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Sawar.

Pada 10 September iaitu hari terakhir UPSR, seramai 45-55 orang pelajar telah mengunjungi perpustakaan desa kg batu sawar dalam sesuatu masa yang sama. Memang terasa suasana yang amat ceria apabiler dikerumuni oleh pelajar-pelajar dari tahun 1-5. Pada mulanya terlintas idea untuk lakukan aktiviti on the spot ketika itu, tapi tidak diperkenankan oleh guru mereka kerana takut terganggu waktu mengajar guru yang lain. Untuk pengetahuan perpustakaan desa batu sawar dan sekolah kebangsaan batu sawar adalah bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh pagar sahaja. Oleh kerana pada awalanya aktiviti yang terlintas difikiran itu tidak dapat dilaksanakan pada waktu itu, maka kami bersetuju menunda aktiviti tersebut pada hari Sabtu 12 September 2009.

Pada 12 September 2009 jam 9 pagi, kelihatan 3 orang pelajar tahun 5 datang ke perpustakaan. Ini menunjukkan tanda-tanda positif bahawa program yang dirangka hari ini akan menerima sambutan. Kami staff perpustakaan meminta bantuan 3 orang pelajar tadi untuk menyediakan tempat bagi program ini. Untuk rekod, setiap kali aktivit melibatkan kanak kanak, meja-meja dan kerusi perlu dikeluarkan untuk memaksimumkan penggunaan ruang yang ada khas untuk peserta program sahaja. Waktu makin berlalu dan pengunjung semakin ramai.

Sebenarnya program yang dijadualkan adalam Tayangan Video cerita Upin dan Ipin Geng pengembaraan bermula. Untuk tambahan, dvd original untuk filem ini telah keluar. Tayangan dijadualkan pada pukul 10 pagi dengan harapan jumlah pengunjung kanak kanak yang hadir adalah sekitar 25 orang. Namun begitu jam menunjukan 10 pagi tapi pengunjung masih tidak sampai 20 orang. Bagi tidak menghampakan para pengunjung, tayangan dimulakan pada jam 10 pagi.

Baru 10 minit filem ditayangkan, para pengunjung semakin ramai, dan kini sudah melebihi sasaran awal kami. Para ibu bapa juga turut menonton bersama anak mereka didalam perpustakaan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi memberi kerjasama dalam segala aktiviti yang telah kami anjurkan. Dianggarkan sehingga 30-40 orang pengunjung datang pada program itu. Di akhir tayangan, para pengunjung diajukan beberapa soalan mengenai filem tersebut. Bagi setiap jawapan yang betul mereka menerima cenderahati dari perpustakaan.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti kali ini. Thank you!!!! Pada peringkat awal tayangan

Pengunjung semakin ramai

Seat VIP nih

Hah kamu jawab!

Saya! saya! Opeet Jawapan dier!!!!

0 comments:

blogger templates | Make Money Online