Saturday, October 24, 2009

Kelas Komputer


Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar kini dalam usaha meluaskan lagi perkhidmatannya kepada pengguna. Mengambil peluang daripada kemudahan USP 5 yang dibekalkan di perpustakaan, kami ingin menawarkan Kelas Komputer secara tidak formal kepada para pengguna perpustakaan desa Kg Batu Sawar.

Perkhidmata USP 5 telah bermula sejak november 2007 di perpustakaan Desa Kg Batu Sawar. USP 5 membekalkan 2 set komputer, printer dan juga scanner dan turut dilengkapi kemudahan Internet. Statistik menunjukkan penggunaan USP ini agak tinggi mengikut nisbah penduduk di kampung ini. Namun begitu dari pemerhatian yang dilakukan oleh petugas perpustakaan, cara penggunaan perkhidmatan ini seperti tidak kena pada tempatnya.

Hasil dari pemerhatian tersebut, untuk membolehkan cara penggunaan komputer dapat digunakan secara betul dan tiada penyelewangan, petugas telah memberikan khidmat tutor secara peribadi kepada pengguna yang tidak mahir menggunakan komputer. Namun cara ini tidak effisen dari tenaga kerja, kerana perlu meluangkan masa yang agak lama bagi memberi tunjuk ajar kepada pengguna secara personal. Maka dengan itu kami di Perpustakaan Desa Kampung Batu Sawar telah merangka untuk memberikan kelas komputer secara percuma kepada pengguna.

Sebagai projek perinits, beberapa orang pelajar dari tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kg Batu Sawar akan mengikuti kelas ini yang akan merangkumi 3bab pembelajaran. Namun begitu, kelas ini disampaikan dalam keadaan yang tidak formal untuk memberikan keselesaan sepenuhnya kepada para peserta. 3 bab yang akan disampaikan adalah 1) Pengenalan kepada komputer. 2) Menaip. 3) Internet.
Tenaga pengajar adalah petugas perpustakaan Desa Kg Batu Sawar sendiri. Berbekalkan kelayakan tersendiri, diharap petugas dapat memberi sepenuh komitmen untuk projek ini. Diharap projek ini akan medapat sambutan dari pengguna perpustakaan.

Petugas mengajar dari aspek teori dan juga amali


Petugas memberikan arahan dari belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya kepada para pelajar

3 pelajar pertama yang terlibat dalam kelas pertama ini

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Kami di Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar ingin mengucapkan Selmat Hari Raya kepada semua pengunjung blog ini, tidak dilupakan juga kepada pengunjung-pengunjung Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar, rakan-rakan dan sahabat handai walau dimana jua anda berada. Sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa ketika kami memberikan perkhidmatan kami, kami mohon ampun dan maaf.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, September 15, 2009

Aktiviti Bulan September

Kami di perpustakaan tidak dapat memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan kepada pengunjung setia kami di bulan September ini. Ini disebabkan musim bulan puasa, musim mood raya dan juga musim peperiksaan UPSR. Kami risaukan bila buat aktiviti, takder orang yang datang. ini boleh melemahkan semangat kami jikalau ini semua berlaku. ( Untuk rekod kami di perpustakaan desa batu sawar sedang berusaha sedaya upaya untuk menganjurkan satu aktiviti sekurang kurangnya bagi setiap bulan untuk pengguna setia kami. )

Namun begitu niat kami untuk berusaha menjalankan aktiviti di bulan September masih belum bekubur. Kami masih merangka aktiviti yang bersesuaian dengan masa dan keadaan. Dari 8-10 September 2009 semua pelajar sekolah rendah di Malaysia menduduki peperiksaan UPSR. Kami telah merangka beberapa aktiviti yang boleh dianjurkan untuk pelajar tahun 6 selepas abis exam. Insyaallah pada bulan Oktober atau November kami akan menjayakan satu program bersama pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Sawar.

Pada 10 September iaitu hari terakhir UPSR, seramai 45-55 orang pelajar telah mengunjungi perpustakaan desa kg batu sawar dalam sesuatu masa yang sama. Memang terasa suasana yang amat ceria apabiler dikerumuni oleh pelajar-pelajar dari tahun 1-5. Pada mulanya terlintas idea untuk lakukan aktiviti on the spot ketika itu, tapi tidak diperkenankan oleh guru mereka kerana takut terganggu waktu mengajar guru yang lain. Untuk pengetahuan perpustakaan desa batu sawar dan sekolah kebangsaan batu sawar adalah bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh pagar sahaja. Oleh kerana pada awalanya aktiviti yang terlintas difikiran itu tidak dapat dilaksanakan pada waktu itu, maka kami bersetuju menunda aktiviti tersebut pada hari Sabtu 12 September 2009.

Pada 12 September 2009 jam 9 pagi, kelihatan 3 orang pelajar tahun 5 datang ke perpustakaan. Ini menunjukkan tanda-tanda positif bahawa program yang dirangka hari ini akan menerima sambutan. Kami staff perpustakaan meminta bantuan 3 orang pelajar tadi untuk menyediakan tempat bagi program ini. Untuk rekod, setiap kali aktivit melibatkan kanak kanak, meja-meja dan kerusi perlu dikeluarkan untuk memaksimumkan penggunaan ruang yang ada khas untuk peserta program sahaja. Waktu makin berlalu dan pengunjung semakin ramai.

Sebenarnya program yang dijadualkan adalam Tayangan Video cerita Upin dan Ipin Geng pengembaraan bermula. Untuk tambahan, dvd original untuk filem ini telah keluar. Tayangan dijadualkan pada pukul 10 pagi dengan harapan jumlah pengunjung kanak kanak yang hadir adalah sekitar 25 orang. Namun begitu jam menunjukan 10 pagi tapi pengunjung masih tidak sampai 20 orang. Bagi tidak menghampakan para pengunjung, tayangan dimulakan pada jam 10 pagi.

Baru 10 minit filem ditayangkan, para pengunjung semakin ramai, dan kini sudah melebihi sasaran awal kami. Para ibu bapa juga turut menonton bersama anak mereka didalam perpustakaan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi memberi kerjasama dalam segala aktiviti yang telah kami anjurkan. Dianggarkan sehingga 30-40 orang pengunjung datang pada program itu. Di akhir tayangan, para pengunjung diajukan beberapa soalan mengenai filem tersebut. Bagi setiap jawapan yang betul mereka menerima cenderahati dari perpustakaan.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti kali ini. Thank you!!!! Pada peringkat awal tayangan

Pengunjung semakin ramai

Seat VIP nih

Hah kamu jawab!

Saya! saya! Opeet Jawapan dier!!!!

Friday, August 28, 2009

Pertandingan Mewarna " JOM 1 MALAYSIA MERDEKA "

Pada 16 Ogos 2009, Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar telah dipertangunggjawabkan untuk menganjurkan pertandingan mewarna sempena program JOM! 1 Malaysia Merdeka. Dengan rasa bangga dan senang hatinya kami staf perpustakaan desa Kg Batu Sawar menerima dan menjalankan amanah yang diberikan. Kami dibekalkan dengan peralatan mewarna untuk para peserta dan juga hamper untuk para pemenang.

Pihak perpustakaan telah dibantu oleh 2 orang belia Kg Batu Sawar iaitu Saudara Nizam dan juga Saudara Johar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka berdua dalam membantu kami menganjurkan pertandingan mewarna ini.

Seramai 35 - 40 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna ini. Setiap peserta dibekalkan dengan sekotak pensil warna steadler, pemadam dan juga pengasah pensil. Tidak kira menang atau kalah, mereka sudah pun mendapat saguhati yang amat lumayan.

Pertandingan ini dijalankan dalam 3 kategori iaitu a) Tadika b) Tahap 1 ( 7 - 9 tahun) dan c) Tahap 2 (10 - 12 tahun).Oleh kerana keluasan perpustakaan yang terlalu sempit, Kami telah memindahkan kawasan pertandingan ke Kantin Sekolah Kebangsaan Batu Sawar. Ketika pertandingan dapat dilihat para ibubapa dan juga abang-abang dan kakak-kakak cuba memberi sokongan moral kepada para peserta. Ada juga ibubapa itu sendiri yang mewarnakan kertas pertandingan anak mereka. Para peserta Kem Jom 1 Malaysia Merdeka yang terdiri daripada pelajar IPT turut memberi sokongan kepada para peserta mewarna.

Tahniah kepada semua para peserta dan juga mereka yang telah terlibat dalam Pertandingan Mewarna Jom 1 Malaysia Merdeka. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan !! MERDEKA!!!


Khusuknya para peserta..


Kakak kakak tengok dari belakang sahaja yek..


Para peserta lelaki


Siapa yang mewarna ni?


Para Juri : (dari kiri :Saudara Nizam, Saudara Johar dan Ku Habib)


Saudara Nizam Membantu dalam mem"pack" hadiah para peserta


Semanagat kemerdekaan!!

Khaidir antara tunjang yang mengibarkan Jalur Gemilang Di Kg Batu Sawar ini


Saudara Nizam mendapat tunjuk ajar dari EN Mat Gedohok untuk mengibarkan bendera pada tiang buluh

Merdeka!!

Tatkala menjelang bulan Ogos, dapat dilihat Jalur Gemilang berkibar di seluruh pelusuk tanah air. Ada yang megibarkan di kawasa rumah, di kawasan pejabat dan ada juga yang mengibarkan pada kenderaan masing masing. Inilah antara sifat patriotik yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia.

Baru baru ini di Kampung Batu Sawar, program JOM MERDEKA 1 MALAYSIA telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penduduk Kampung Batu Sawar telah bergotong royong bersama-sama dalam menjayakan program tersebut.

Pemasangan Jalur Gemilang telah dilakukan oleh golongan belia Kg Batu Sawar ini. Setiap rumah di Kg Batu Sawar telah dibekalkan dengan bendera Jalur Gemilang untuk dikibarkan. Beberapa orang belia telah ditugaskan untuk menaikan bendera Jalur Gemilang dan juga bendera Negeri Pahang di sepanjang jalan Kg Batu Sawar. Pihak perpustakaan desa Kg Batu Sawar juga tidak terlepas untuk bersama sama dalam mengibarkan Jalur Gemilang disekitar kawasan perpustakaan, masjid dan juga sekolah.


Timbunan bendera yang siap sedia untuk dikibarkan

Thursday, August 27, 2009

Gendang Pahang versi Kg Batu Sawar

EN Mat Nor dan Mat Gedohok

Uncle Satan

Para Pelapis Gendang Pahang Batu Sawar

"Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini." Petikan untuk definisi ini telah diambil dari lama blog Muzik Tradisional (http://muziknori.blogspot.com/2007/03/gendang-pahang.html).

Di Kampung Batu Sawar kumpulan gendang Pahang ini dianggotai oleh 3 sekawan yang diketuai oleh En Mat Nor, Uncle Satan dan juga Mat Gedohok. Mereka adalah antara golongan yang cuba menghidupkan kembali seni tradisional yang semakin dilupakan pada masa ini.

Menurut kata En Mat Nor, kumpulan Gendang Pahang Batu Sawar ditubuhkan pada sekitar 2007. Sekerang ini terdiri dari dari 3 pemain. Kumpulan ini memiliki 2 gendang dan 1 Gong dan akan ditambah lagi mengikut penerimaan masyarakat Kg Batu Sawar. Menurut beliau lagi, anak anak muda Kampung Batu Sawar juga telah menunjuk minat yang tinggi dalam mempelajari permainan seni tradisional Gendang Pahang ini. Dengan ini ianya menunjukan satu peringkat postif yang maner muzik tradisioanal masih lagi diterima pada masa kini.

Menurut penduduk kampung Batu Sawar, Suatu ketika dahulu, Permainan gendang Pahang ini diiringi dengan Silat Pulut dan Juga tarian piring. Ianya sering dimainkan di majlis-majlis kenduri perkhawinan dan juga keraian kampung. Namun begitu ianya seakan ditelan zaman. Dengan usaha 3 sekawan ini diharap dapat menghidupkan kembali sesuatu yang telah lama hilang.

Jalan Ke Perpustakaan Sedang Di Baiki

Jalan yang menghubungkan antara kawasan perpustakaan desa Kg Batu Sawar dan juga jalan utama Temerloh - Rumpun Makmur tidak dapat digunakan selama 3 hari. Ini adalah kerana proses penukaran terowong air yang lebih besar oleh Jabatan Perairan dan Saliran. Dalam pada masa yang sama JPS telah melakukan kerja-kerja pembesaran dan juga melancarkan perjalanan air parit di sepanjang jalan kampung Batu Sawar. Diharap selepas ini masalah air bertakung ataupun banjir setempat tidak akan berlaku lagi di beberapa buah rumah di kampung Batu Sawar ini.

Pihak perpustakaan memohon maaf kepada pengguna perpustakaan yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari tempat letak kereta perpustakaan yang telah disediakan. Masalah ini hanya bersifat sementara. Kesulitan yang dihadapi oleh pihak anda amat kami kesali.

gambar 1 menunjukan kerja mendalamkan dan meluaskan saliran peparitan

Gambar 2 menunjukkan kerja kerja penukaran terowong air ( Kalbot)



Gambar 3 menunjukkan terdapat kenderaan para pengujung perpustakaan yang tepaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari bangunan perpustakaan

blogger templates | Make Money Online