Saturday, October 24, 2009

Kelas Komputer


Perpustakaan Desa Kg Batu Sawar kini dalam usaha meluaskan lagi perkhidmatannya kepada pengguna. Mengambil peluang daripada kemudahan USP 5 yang dibekalkan di perpustakaan, kami ingin menawarkan Kelas Komputer secara tidak formal kepada para pengguna perpustakaan desa Kg Batu Sawar.

Perkhidmata USP 5 telah bermula sejak november 2007 di perpustakaan Desa Kg Batu Sawar. USP 5 membekalkan 2 set komputer, printer dan juga scanner dan turut dilengkapi kemudahan Internet. Statistik menunjukkan penggunaan USP ini agak tinggi mengikut nisbah penduduk di kampung ini. Namun begitu dari pemerhatian yang dilakukan oleh petugas perpustakaan, cara penggunaan perkhidmatan ini seperti tidak kena pada tempatnya.

Hasil dari pemerhatian tersebut, untuk membolehkan cara penggunaan komputer dapat digunakan secara betul dan tiada penyelewangan, petugas telah memberikan khidmat tutor secara peribadi kepada pengguna yang tidak mahir menggunakan komputer. Namun cara ini tidak effisen dari tenaga kerja, kerana perlu meluangkan masa yang agak lama bagi memberi tunjuk ajar kepada pengguna secara personal. Maka dengan itu kami di Perpustakaan Desa Kampung Batu Sawar telah merangka untuk memberikan kelas komputer secara percuma kepada pengguna.

Sebagai projek perinits, beberapa orang pelajar dari tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kg Batu Sawar akan mengikuti kelas ini yang akan merangkumi 3bab pembelajaran. Namun begitu, kelas ini disampaikan dalam keadaan yang tidak formal untuk memberikan keselesaan sepenuhnya kepada para peserta. 3 bab yang akan disampaikan adalah 1) Pengenalan kepada komputer. 2) Menaip. 3) Internet.
Tenaga pengajar adalah petugas perpustakaan Desa Kg Batu Sawar sendiri. Berbekalkan kelayakan tersendiri, diharap petugas dapat memberi sepenuh komitmen untuk projek ini. Diharap projek ini akan medapat sambutan dari pengguna perpustakaan.

Petugas mengajar dari aspek teori dan juga amali


Petugas memberikan arahan dari belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya kepada para pelajar

3 pelajar pertama yang terlibat dalam kelas pertama ini

blogger templates | Make Money Online