Friday, June 26, 2009

PERPUSTAKAAN DESA (PNM ) KG BATU SAWAR















Perpustakaan Desa (PNM) Kg Batu Sawar telah memulakan operasinya pada Jun 2006 lagi. Di peringkat awal hanya ada seorang staff yang bertugas menguruskan perkhidmatan perustakaan ini. Kini dengan jumlah koleksi yang makin bertambah, peranan perpustakaan juga semakin disedari ramai, seorang lagi staff telah di lantik.

Sehingga pertengahan tahun 2009 , PD Kg Batu Sawar telah memiliki sejumlah 5500 buah buku. Manakala untuk koleksi bukan bercetak seperti cd/vcd dibawah 100 buah koleksi. Di PD ini, perkhidmatan seperti pinjaman buku diberikan kepada ahli yang mendaftar. Seorang ahli dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah buku selama 2 minggu untuk sesuatu masa.

Keahlian perpustakaan di Kampung Batu Sawar ini sehingga bulan Jun telah mencapai 240 orang bersamaan 53.3 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk kampung ini. Sasaran keahlian pihak Perpustakan Desa Kg Batu Sawar sehingga hujung tahun 2009 adalah seramai 300 orang iaitu bersamaan 67 peratus penduduk kampung ini. Pendaftaran keahlian adalah secara percuma.

PD Kg Batu Sawar juga mempunyai USP Fasa 5. Perkhidmatan ini merupakan sumbangan pihak KTAK dan juga MAXIS dalam mengurangkan jurang digital kepada penduduk di luar bandar. Perkhidmatan yang disediakan di dalam USP ini adalah seperti berikut :
  1. Menaip Surat
  2. Mencetak (Print)
  3. Mingimbas dokumen (Scan)
  4. Melayari Internet
  5. CD Burn
Pekhidmatan diatas diberikan secara percuma kecuali caj print rm 0.30 sekeping dan juga RM 3.00 sekeping untuk burn cd. Untuk menggunakan perkhidmatan USP 5, seseorang itu perlu menjadi ahli perpustakaan terlebih dahulu.

Berikut adalah waktu perkhidmatan Perpustakaan Desa (PNM) Kg Batu Sawar :

RABU - KHAMIS : 8.00 pagi - 5.00 petang
JUMAAT : 8.00 pagi - 1.00 tgh
2.45 petang - 5.00 petang
SABTU - AHAD : 9.00 pagi - 5.00 petang
ISNIN - SELASA : TUTUP
CUTI AM : TUTUP


blogger templates | Make Money Online